Doa & Amalan di Bulan Rejab - Masjid Alor Madi

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 19, 2018

Doa & Amalan di Bulan Rejab


Doa Bulan Rejab

Hari ini sudah masuk bulan Rejab, selepas bulan ini bulan  Syaaban kemudiannya Ramadhan. Sesiapa yang belum habis ganti puasa tu, cepat-cepatlah ganti ya.

Yang penting sekali, berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

Di bawah ini disertakan do’anya :
Rejab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rejab bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta’ala. Bangsa Arab sejak zaman sebelum Islam lagi telah memuliakan bulan Rejab.

Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan “Rajab Mudhar” ( رجب مضر), untuk membezakan dari “Rajab Rabi’ah” ( رجب ربيعة), Rasulullah S.A.W. menjelaskan perbezaan ini bahawa Rajab Mudhar adalah di antara bulan Jamadil Akhir dan bulan Sya’ban, adapun Rajab Rabi’ah di antara bulan Sya’ban dan bulan Syawwal.


No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad