Peristiwa Israk & Mikraj - Masjid Alor Madi

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Saturday, April 14, 2018

Peristiwa Israk & Mikraj


Hari ini, 27 Rejab 1439 Hijrah, umat Islam menyambut dan memperingati kedatangan peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu suatu malam yang bersejarah lagi luar biasa.
Peristiwa itu mempunyai hubung kait dengan perintah menunaikan ibadat solat oleh Allah SWT dengan menjemput Rasulullah SAW sendiri datang mengadap-Nya di Arasy, bukan dengan mengutuskan malaikat Jibril untuk menyampaikannya ke dunia, sepertimana perintah menunaikan puasa, zakat dan haji.
Status ibadat solat di sisi Allah adalah perkara utama kerana ia merupakan tiang agama. Ibadat solat pada mulanya difardhukan sebanyak 50 kali, siang dan malam. Rasulullah SAW berulang-ulang kali mengadap Allah untuk memohon supaya diringankan. Akhirnya, Allah memperkenankan permintaan Baginda SAW dengan mengurangkannya kepada 5 kali sahaja dalam sehari.
Kredit fb : kitakan islam

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad